Sunday 31 May 2020

CORONA VIRUS: SATU CATATAN KETIKA SYAWAL 1441

Sudah lama tidak menjenguk blog. Nampaknya sudah bersawang dan berhabuk. Ketika ini, di Malaysia masih lagi dengan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB). Pendamik wabak corona virus ini telah memberi kesan terhadap pelbagai sektor.

Pelancongan dan umrah dihentikan. Entah bila Arab Saudi hendak membuka kembali untuk menunaikan umrah. Bukan itu sahaja. Kini, hampir sebulan sahaja lagi hendak masuk bulan Haji. Arab Saudi belum memberi tanda-tanda untuk ibadah Haji.

Banyak masjid di Malaysia dihadkan kepada bilangan yang kecil. Orang ramai tidak boleh lagi ke masjid. Sedih tetapi kita bukan pihak berkuasa untuk membuka masjid. 

Monday 20 May 2019

REVIEW BUKU UMRAH DISEMBER

UMRAH DISEMBER, dikarang dan diterbitkan oleh saya sendiri Amli Ghazali sebenarnya buku umrah kedua saya. Buku pertama berjudul Umrah Backpakers diterbitkan oleh Kemilau Publika.

Adakah kedua-dua buku ini mempunyai kandungan yang sama? Buku Umrah Backpakers dikarang selepas saya pulang dari umrah pertama. Umrah itu, saya pergi dengan ziarah Turki. Di dalam buku tersebut saya mengarang bagaimana rasa pengalaman menaiki kapal terbang. Sebelum mengerjakan umrah saya singgah di Turki untuk ziarah beberapa tempat pilihan khasnya di Istanbul dan Bursa.

Terdapat kisah yang agak menakutkan ketika saya, terlepas atau hilang daripada kumpulan ziarah yang saya ikuti. Bayangkan hanya saya dan isteri sahaja yang berada berhampiran dengan Hagia Shopia. Dan, lain-lainnya adalah orang Turki. Jadi, bagaimana akhirnya saya bertemu kembali rombongan saya? Kalau nak tahu kenalah miliki buku tersebut melalui online.

Seterusnya, berbeza pula dengan Umrah Disember. Ini ialah catatan setelah umrah kedua. Buku agak nipis berbanding dengan buku pertama. Saya sendiri kurang berpuas hati kerana fontnya agak kecil. Namun covernya cantik. Apa yang penting ialah kandungan buku ini. Dalam Umrah Disember ini, saya telah kongsikan tip untuk menuju umrah.

Kenapa kita perlu membaca buku umrah? Dalam buku ini saya kongsi pengalaman saya misalnya apa keperluan perlu kita sediakan. Bagaimana hendak mengerjaka umrah? Bagaimana hendak mencium hajarul Aswad dengan cara yang saya lakukan. Semua tip ini saya kongsikan dalam buku ini.

Sebagaimana firman Allah,

Sesungguhnya Shafaa dan Marwah adalah sebagian dari syi’ar-syi’ar Allah…” (QS al-Baqarah: 158).

Baca selengkapnya https://muslim.or.id/27810-hadits-keutamaan-ibadah-haji-dan-umrah.html


Tebal buku Umrah Disember 102 Muka surat
Disemak oleh 2 pensyarah dari Kolej Matrikulasi dan Imam Muda Megat

Kandungan buku ini

Kuasa Doa                                                        1                                 
Pasang Niat Ke Makkah                                   7
Agensi Pengurusan Umrah                               10       
Tip memilih agensi umrah                               14
Sediakan passport                                            18
Penting hadir kursus                                        20
Seminggu sebelum berangkat                           26
Keperluan umrah                                             29
Pergi dengan ilmu                                            33
Persediaan fizikal                                            36
Persediaan emosi                                             39
Mengenai Kaabah                                            42
Hari dinanti sudah tiba                                     45
Semasa di KLIA 2                                           49

Tiba di Madinah                                              54
Subuh Pertama di Madinah                              59
Rancang ke Raudhah                                       63
Membeli belah di Madinah                              70
Bertemu seseorang                                           72
Ziarah luar                                                       74

Madinah-Makkah                                            78
Tiba di Makkah                                               83
Hari tanpa umrah                                             89
Mengusung jenazah                                         91
Umrah badal                                                    94
Beranikan diri berbahasa arab                         97
Minum susu unta                                             102
Basuh baju di Makkah                                     105
Puasa sunat di Makkah                                    107
Mendaki Gua Hira                                           109
Perpustakaan di Masjid al-Haram                    114
Beribadah di Masjidil al-Haram                      117
Penggunaan telefon bimbit                              120
Solat 5 waktu di masjid                                    122
Air zam-zam, air terbaik dunia                        124
Berdoa di tanah suci                                         127
Kucup hajar aswad                                           130
Hari-hari indah di tanah suci                             135
Sebelum meninggalkan tanah suci                    139
Kenangan manis umrah                                    142

Rujukan                                              

Biodata                                                            




Tuesday 29 January 2019

KURANG DUIT BUKAN PENGHALANG UNTUK MENUNAIKAN UMRAH



Ayat Quran Tentang Umrah Dalam Surat Al-Baqarah Ayat 158
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
Sesungguhnya Shafaa dan Marwa adalah sebahagian dari syi’ar Allah[102]. Maka Barangsiapa yang beribadah haji ke Baitullah atau ber-‘umrah, Maka tidak ada dosa baginya[103] mengerjakan sa’i antara keduanya. dan Barangsiapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, Maka Sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri[104] kebaikan lagi Maha mengetahui.


Sumber : https://adinawas.com/ayat-quran-tentang-umrah.html#ixzz5dxyVEZoQ

Assalamualaikum dan apa khabar pembaca budiman.

Kali ini, saya ingin berkongsi lagi mengenai umrah. Nampaknya sudah lama saya lama saya tidak menulis tentang umrah. Adakah anda ingin menunaikan umrah pada tahun ini? Atau masih lagi menunggu seruan.

Alhamdulillah. Secara umumnya, orang Malaysia antara yang ramai menunaikan umrah. Pergilah sahaja ke Makkah dan Madinah - kita pasti akan bertemu dengan orang Malaysia. Dalam buku, umrah Backpaker, saya menulis, hadir ke Makkah ibarat berada dalam kampung sendiri. Begitulah rasanya apabila pergi ke sana. Allahu Akbar!

Namun, ada satu perkara yang menjadi alasan orang kita ialah tidak ada duit. Sebenarnya, duit bukanlah penghalang untuk kita menunaikan umrah.

Paling utama ialah NIAT. Ya, niat sangat memainkan peranan sangat penting kita pergi ke sana. Apabila kita ada niat yang kuat, duit akan hadir kemudian. Di samping itu, kita harus bertekad untuk menunaikan impian hingga menjejak kaki ke sana.

Monday 13 August 2018

Impian seterusnya ke Palestin

1. Sudah lama saya menanam impian untuk ke Palestin. Kalau ikut jadual perancangan, hujung tahun ini iaitu Disember 2018; saya berhasrat ke Palestin. Namun, terdapat sedikit cabaran yang menghalang iaitu cabaran dari diri sendiri. Ini bukan soal duit tetapi soal dari dalam. Berkali-kali saya bertanya kepada diri sendiri. Bolehkan aku pergi ke Palestin? Ya Allah Ya Tuhanku, jemputlah aku ke sana. Aku sendiri tidak tahu bagaimana aku hendak ke sana? Bila dan bagaimana? Semua persoalan ini sedang bermain dalam kotak pemikiran saya.

2. Sekarang ini saya sedang membuat tinjaun  dan pilihan sama ada pergi ke Palestin sahaja atau pergi Umrah-Palestin. Kos untuk pergi Palestin sahaja sekitar RM8000 tetapi untuk pakej Umrah-Palestin sekitar Rm10000. Beza tidak banyak. Alang-alang pergi pakej Umrah-Palestin, ini kata hati.

3. 

Wednesday 10 January 2018

Belum pergi umrah, ini antara alasanya

Pada hari ini, ramai individu yang sudah berkemampuan untuk travel ke sana sini. Boleh sampai keluar negara dan sudah pergi ke merata-rata dunia. Apabila ditanya kenapa tidak pergi menunaikan umrah, ini ialah antara alasannya.

1. Anak masih kecil

Sebenarnya anak kecil bukanlah alasan yang kukuh. Kalau anak yang masih menyusu itu betullah alasanya. Apabila anak sudah besar sekitar 3-7 tahun. Mereka sudah dapat membezakan yang baik dan buruk. Mereka boleh berjauhan dengan keluarga. Yang tidak boleh mak dengan ayah itu sendiri.

2.  Belum cukup wang

Ini alasan yang biasa kita dengar walhal pergi shopping ke hulu hilir, travel ke sana sini, boleh. Apabila diajak pergi umrah, alasannya belum cukup wang. Dalam hal ini, apabila ia bergantung kepada niat. Sekiranya kita mempunyai niat, secara sendirinya kita akan kumpulkan wang untuk menunaikan umrah.

3. Belum sampai seru

Amboi-amboi, Ini alasan yang tidak patut disebut. Sebenarnya, ilmu perlu dicari, ia tidak datang sendiri. Sebelum pergi umrah, kita perlu tahu belajar dulu umrah. Ramai tak tahu umrah hukumnya wajib sekali seumur hidup.

4. Terikat dengan kerja

Sesungguhnya kerja sampai bila-bila tak akan habis. Penjawat awam misal boleh bercuti, mohonlah cuti. Cikgu-cikgu pada bulan Disember, ada cuti. Luangkan masa untuk ke tanah suci. Bersihkan hati nurani.

5. Ego

Sudah tahu tentang umrah, ada ilmu. Kerana ego tak pergi menunaikan umrah walaupun ada orang hendak sponsor. Apa salahnya merendah diri dengan menerima sahaja tawaran untuk sponsor itu untuk menunaikan umrah.

6. Belum pencen

Inilah alasan orang yang sibuk bekerjaya. Hendak tunggu pencen apabila umur 60 tahun, baru hendak menunaikan umrah. Mereka hendak pergi menunaikan umrah dan haji. Apabila tiba di sana, badan sudah sakit-sakit hanya berkerusi roda.

Rumusan: Apa jua asalan yang diberi, jangan tunggu sakit baru hendak pergi umrah. Kita pergi kerana Allah. Lebih baik pergi waktu kita sedang sihat. Ini penting supaya amal ibadat kita akan lebih sempurna. Masjidil Haram sangat tenang walaupun manusia beratus-ratus ribu. Jiwa akan tenang apabila melihat Kaabah. Allah Maha Besar. Begitu juga apabila dapat menjejak kaki ke Masjid Nabawi. Tenang sangat. 

Wednesday 3 January 2018

Perasaan pertama kali mengerjakan umrah

Bismillah...

Mengerjakan umrah merupakan impian bagi setiap muslim. Apabila ada impian, baru ada perancangan. Dalam proses perancangan untuk mengerjakan umrah,kita perlu membuat persedian yang rapi. Yakni, dari perkara yang besar hinggalah perkara yang sekecil-kecilnya.

Berdasarkan pengalaman saya, yang membuatkan teransang kepada emosi ialah apabila hampirnya hari untuk berlepas ke tanah suci. Makin dekat hari makin gemuruh, takut dan sebagainya. Demikianlah, perasaan yang berlegar kepada mereka yang hendak mengerjakan umrah.

Rasa takut, risau, bimbang itu pasti menjelma kepada mereka yang tidak pernah ke sana; tanah suci.
walau bagaimanapun perasaan sikit demi sedikit akan hilang apabila kita sampai ke sana. Selagi kita tidak melihat sendiri kaabah, selagi itu perasaan itu tidak hilang. Allah Maha Besar.

Apabila menjejak kaki ke lapangan terbang Arab Saudi, mungkin tidak rasa. Tetapi yang paling dirasai ialah apabila menjejak kaki di Masjidil Haram, Makkah. Itu yang membuatkan degup jatung kita akan bergerak laju. Allahu Akbar!

Bagaimana untuk mengatasi rasa-rasa bimbang itu?

1. Kita harus membuat persedian rapai dari sudut pembelajaran. Kita perlu tahu apa yang hendak dilakukan, apa hendak dibuat, ke mana hendak pergi.

2. Kita perlu tahu bila hendak berniat? Apa hendak dibaca? Di mana lokasi niat. Ini semua perlu yang perlu kita tahu. Apabila kita tahu perkara-perkara ini, perasaaan itu akan hilang dengan sendirinya. Dengan kata lain, persediaan itu sangat penting sebelum ke sana. 

Friday 3 November 2017

Tanam impian ke tanah suci

Alhamdulillah, niat untuk mengerjakan umrah ialah satu keazaman yang baik untuk setiap insan. Barangkali ramai yang masih belum tahu bahawa mengerjakan umrah ialah satu kewajipan sekiranya ada kemampuan dari sudut kewangan, fizikal dan mental.

Sekarang sudah masuk bulan November, bagi mereka yang ingin mengerjakan umrah pada bulan Disember ini, semestinya mereka mempunyai perasaan yang berdebar-debar. Perasaan sedemikian adalah normal di mana kebanyakkan orang yang belum menjejak kaki untuk menunaikan umrah akan merasai peraaan takut kerana dosa-dosa yang dilakukan. Tidak mengapa.

Allahu,.. insan mana yang tidak terlepas dari melakukan dosa. Namun, apabila tersilap kita cepat-cepat beristighfar kepada Allah SWT. Kita mohon agar Allah mengampunkan kesalahan kita. Kita mohon supaya ibadah umrah dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang halangan.

Timbul niat atau keazaman untuk mengerjakan umrah ialah sesuatu hadiah daripada Allah sebenarnya atau dengan kata lain ialah jemputan daripada Allah. Mengunjungi Baitullah ialah sama erti mengunjungi rumah Allah. Ada orang menangis melihat rumah Allah.

Bukan senang untuk mengunjungi rumah Allah. Hati kita perlu bersih dan suci. Atau paling tidak ada keazaman untuk membersihkan hati. Bagi mereka yang belum memasang niat, sebaik-baiknya pasanglah niat untuk ke tanah suci walaupun entah bila waktu akan dipanggil.

Bagi mereka yang sudah mendapat panggilan pada Disember ini, buatlah persiapan untuk yang rapi. Segala persediaan pakaian, peralatan, ilmu, haruskan tahu. Doa-doa yang ringkas dan segala ibadah untuk mengerjakan umrah hendak diketahui. Hafal awal-awal mana yang boleh. Tahu apa yang nak buat. Misalnya tahu di mana nak niat umrah, bagaimana untuk memakai pakaian ihram bagi lelaki mahupun wanita. Apa perkara-perkara terlarang dan sebagainya.

Di Makkah, walaupun sudah berkali-kali diberitahu, namun masih ramai yang melakukan kesilapan kecil. Masih ramai yang tidak mengambil berat tentang ibadah umrah. Untuk mengelak dari berlaku kesilapan maka persediaan sangat penting.

Apa yang sangat penting di sini ialah apabila ada hati untuk mengerjakan umrah, itu sudah cukup baik. Dan azamlah sehingga sampai menjejak kaki ke sana.

CORONA VIRUS: SATU CATATAN KETIKA SYAWAL 1441

Sudah lama tidak menjenguk blog. Nampaknya sudah bersawang dan berhabuk. Ketika ini, di Malaysia masih lagi dengan Perintah Kawalan Bersyar...