Monday 13 August 2018

Impian seterusnya ke Palestin

1. Sudah lama saya menanam impian untuk ke Palestin. Kalau ikut jadual perancangan, hujung tahun ini iaitu Disember 2018; saya berhasrat ke Palestin. Namun, terdapat sedikit cabaran yang menghalang iaitu cabaran dari diri sendiri. Ini bukan soal duit tetapi soal dari dalam. Berkali-kali saya bertanya kepada diri sendiri. Bolehkan aku pergi ke Palestin? Ya Allah Ya Tuhanku, jemputlah aku ke sana. Aku sendiri tidak tahu bagaimana aku hendak ke sana? Bila dan bagaimana? Semua persoalan ini sedang bermain dalam kotak pemikiran saya.

2. Sekarang ini saya sedang membuat tinjaun  dan pilihan sama ada pergi ke Palestin sahaja atau pergi Umrah-Palestin. Kos untuk pergi Palestin sahaja sekitar RM8000 tetapi untuk pakej Umrah-Palestin sekitar Rm10000. Beza tidak banyak. Alang-alang pergi pakej Umrah-Palestin, ini kata hati.

3. 

No comments:

CORONA VIRUS: SATU CATATAN KETIKA SYAWAL 1441

Sudah lama tidak menjenguk blog. Nampaknya sudah bersawang dan berhabuk. Ketika ini, di Malaysia masih lagi dengan Perintah Kawalan Bersyar...