Monday 17 October 2016

Persediaan menjelang peperiksaan

Menjelangnya musim peperiksaan pelajar-pelajar akan berusaha sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik di dalam peperiksaan. Peperiksaan amat penting bagi mengukur sejauh mana seseorang pelajar itu mampu mengingati apa yang dipelajari dan mengeluarkan kembali memori di atas kertas jawapan. Peperiksaan juga medan untuk mengukur tahap pemikiran seseorang sama ada rendah, sederhana dan tinggi. Bagi segelintir pelajar peperiksaan sudah menjadi ‘trauma’ kerana peristiwa kegagalan masa lalu. Manakala terdapat ramai pelajar amat menanti peperiksaan kerana mereka ingin melihat hasil titik peluh mereka selama ini. Apa pun harapan dan hasrat mereka, setiap individu yang bergelar pelajar harus melaluinya dengan sabar.
            Pelajar yang akan menduduki peperiksaan sewajarnya membuat persediaan yang terancang dan awal. Persediaan peperiksaan meliputi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Ini sangat penting kepada semua pelajar. Sekiranya kita melihat kepada aspek jasmani, sudah tentu  tahap kesihatan kecergasan wajar di titik berat. Bak kata pepatah badan cergas minda cerdas. Kismis, kurma atau susu misal sangat  membantu dalam proses pembelajaran. Inilah yang di amalkan oleh mereka yang sudah berjaya. Namun begitu sekiranya kita melihat dari sudut emosi pula ia sangat penting sebelum tiba hari peperiksaan. Emosi yang tidak stabil sebenarnya boleh mengganggu fokus seseorang. Jadi seseorang yang akan menghadapi peperiksaan sebaiknya tidak wajar diganggu menjelang peperiksaan hingga tamat. Mereka wajar diberi ruang untuk bersama dengan buku-buku dan nota mereka. Ada kala  mereka perlukan masa untuk menghafal, mengingat dan membuat nota ringkas sebelum hari peperiksaan.
Selain daripada itu, aspek kerohanian juga harus ditekankan. Bagi mereka yang beragama Islam, mendirikan tahajud, berdoa, membaca surah tertentu dan juga memohon doa kejayaan dengan hati bersungguh wajar diamalkan menjelang peperiksaan. Hal ini kerana setiap mereka yang beragama Islam perlu memohon doa kepada Allah SWT selain daripada usaha yang telah di laksanakan. Doa yang dipohon hendaklah seiring dengan usaha yang dilakukan. Setiap doa yang dipohon mudah-mudahan akan memberi ketenangan dan kelancaran semasa peperiksaan.  Tidak dinafikan persediaan intelektual juga penting . Apa yang harus pelajar lakukan ialah membuat latih tubi, mengulang kaji dan sebaiknya membuat peta minda bagi setiap mata pelajaran .  Peta minda boleh membantu pelajar mengingati kembali apa  yang dipelajari. Ini kerana otak kanan akan memaparkan visual apa yang dilakarkan pada peta berkenaan semasa di dalam dewan peperiksaan.
Persediaan pada hari peperiksaan juga amat penting. Calon peperiksaan sebaiknya bangun lebih awal dan menguruskan diri dengan sempurna. Pada awal pagi  seeloknya calon dinasihatkan mendapatkan restu dari ibu bapa atau waris. Dengan mencium tangan dan meminta doa sudah memadai. Walaupun perkara tersebut dilihat kecil namun sebenarnya ia mempunyai nilai yang amat besar. Selain daripada perkara tersebut, persediaan asas seperti alat tulis, slip peperiksaan dan kad pengenalan harus diperiksa dan di bawa bersama. Ibu bapa atau waris wajar mengambil berat tentang perihal anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan. Mereka akan rasa dihargai, difahami apabila ibu bapa mengambil berat. Restu ibu bapa amat bermakna bagi seseorang. Restu dapat melancarkan anak-anak menjawab dengan tenang.
Berdasarkan pengalaman lalu, terdapat pelajar yang panik dan gemuruh apabila hendak menghadapi peperiksaan. Tip yang boleh dikongsi untuk mengurangkan panik atau gemuruh ialah dengan menarik nafas sedalam-dalamnya. Calon peperiksaan juga boleh membuat gerakan ibu jari kaki supaya darah di dalam badan berjalan dengan lancar. Apabila nafas dan aliran  darah dalam badan lancar secara tidak langsung emosi mereka akan menjadi lebih stabil. Sebelum masuk ke dewan peperiksaan pelajar-pelajar terutamanya yang muslim di nasihat supaya membaca sedikit ayat suci al Quran atau doa tertentu supaya mereka dapat menjawab  dengan baik. Bagi yang bukan muslim pula mereka boleh bertafakur mengikut kepercayaan masing-masing. Guru-guru sebenarnya mempunyai peranan yang besar. Mereka boleh memberi taklimat atau menyampaikan tip sebelum, semasa dan selepas peperiksaan. Guru kelas misalnya sudah tentu mengenali latar belakang anak muridnya. Pelajar harus diberitahu apa langkah-langkah penting untuk menghadapi peperiksaan. Ini penting bagi membantu semua pelajar-pelajar agar mendapat keputusan yang baik dan cemerlang.
Siapa yang tidak kenal dengan pelajar menjadi ikon negara. Mereka telah mengukir nama  di dada-dada akhbar tempatan negara iaitu Azali Azlan, Nur Amalina Che Bakri, Nik Nur Madihah dan lain-lain lagi. Kejayaan mereka amat membanggakan rakyat Malaysia. Ini yang harus dicontohi oleh pelajar-pelajar kita. Pencapaian yang menakjubkan ini wajar dijadikan inspirasi kepada pelajar, agar mereka boleh terus mencapaikan kecemerlangan di dalam peperiksaan. Kejayaan yang hendak dicapai haruslah diusahakan bersungguh-sungguh dari semua pihak agar negara kita dapat melahirkan generasi yang bijak dan berilmu.


Friday 7 October 2016

5 ciri orang positif

1.  Jujur – orang yang positif adalah orang yang jujur. Mereka sentiasa berkata benar walaupun hal tersebut agak pahit untuk ditelan. Jujur adalah pegangan hidup mereka.

2.  Tidak mengumpat  – Orang berfikiran positif tidak mengumpat. Nabi menyebut, orang yang mengumpat itu ibarat memakan daging saudaranya sendiri. Dosa mereka tidak akan diampun oleh Allah SWT melainkan mereka meminta maaf kepada individu berkenaan.

3. Memberi salam – Orang positif suka memberi salam. Apabila memberi salam ia umpama mendoakan seseorang itu sejahtera. Memberi salam boleh mengeratkan tali silaturahim.

4.  Minta maaf – orang berperasaan positif tidak malu untuk meminta maaf. Mungkin amat mudah untuk memaafkan tetapi orang postif selalu meminta maaf walaupun mereka tidak melakukan silap. Meminta maaf adalah ciri mukmin hebat di sisi Allah.

5.  Ucap terima kasih – Orang positif sentiasa mengucapkan terima kasih. Tidak kiralah dari sebesar-besar perkara hingga sekecil-kecil perkara.  Mereka selalu melazimkan ucapan terima kasih dalam rutin harian mereka supaya kekal positif.



CORONA VIRUS: SATU CATATAN KETIKA SYAWAL 1441

Sudah lama tidak menjenguk blog. Nampaknya sudah bersawang dan berhabuk. Ketika ini, di Malaysia masih lagi dengan Perintah Kawalan Bersyar...