Mengenai Penulis

Amli Ghazali lahir di Pokok Sena, Kedah. Mendapatkan pendidikan awal di SK Wan Abdul Samad. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak. Semasa di sekolah berkenaan beliau menduduki peperiksaan PMR dan SPM.

 Sekolah tersebut merupakan sebuah sekolah arab di mana ketika itu masih lagi ada sistem pondok. Tuan Guru ketika itu ialah Syeikh Mohamad Bin Haji Abdullah Kecil. Dalam  kalangan pendudukn tempatan, sekolah tersebut terkenal dengan panggilan Pondok Abdullah Kecil.

Kemudian, setelah tamat SPM, Amli Ghazali menerusnya pengajian ke Sekolah Menengah Agama Raudhatul Ulum untuk menduduki peperiksaan Syahadah. Alhamdulillah lulus dengan berjaya. Hanya setahun, kemudian meneruskan pengajian di SMK Agama Kedah untuk mendudui STPM.

Setelah selesai pengajian di peringkat STPM. Beliau menyambung pelajarannya ke peringkat tinggi iaitu dalam program Bacelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Putra Malaysia selama 4 tahun. Beliau tamat dalam program tersebut pada tahun 2007.

Dari segi latar belakang keluarga. Beliau sudah berkahwin dengan Putri Nurul Asyiqin Binti Megat Azra'ai dan baru dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Beliau boleh dihubungi :

No. Tel : +6019 456 4225
Emel    : amli.upm@gmail.com

No comments:

CORONA VIRUS: SATU CATATAN KETIKA SYAWAL 1441

Sudah lama tidak menjenguk blog. Nampaknya sudah bersawang dan berhabuk. Ketika ini, di Malaysia masih lagi dengan Perintah Kawalan Bersyar...