Wednesday 10 January 2018

Belum pergi umrah, ini antara alasanya

Pada hari ini, ramai individu yang sudah berkemampuan untuk travel ke sana sini. Boleh sampai keluar negara dan sudah pergi ke merata-rata dunia. Apabila ditanya kenapa tidak pergi menunaikan umrah, ini ialah antara alasannya.

1. Anak masih kecil

Sebenarnya anak kecil bukanlah alasan yang kukuh. Kalau anak yang masih menyusu itu betullah alasanya. Apabila anak sudah besar sekitar 3-7 tahun. Mereka sudah dapat membezakan yang baik dan buruk. Mereka boleh berjauhan dengan keluarga. Yang tidak boleh mak dengan ayah itu sendiri.

2.  Belum cukup wang

Ini alasan yang biasa kita dengar walhal pergi shopping ke hulu hilir, travel ke sana sini, boleh. Apabila diajak pergi umrah, alasannya belum cukup wang. Dalam hal ini, apabila ia bergantung kepada niat. Sekiranya kita mempunyai niat, secara sendirinya kita akan kumpulkan wang untuk menunaikan umrah.

3. Belum sampai seru

Amboi-amboi, Ini alasan yang tidak patut disebut. Sebenarnya, ilmu perlu dicari, ia tidak datang sendiri. Sebelum pergi umrah, kita perlu tahu belajar dulu umrah. Ramai tak tahu umrah hukumnya wajib sekali seumur hidup.

4. Terikat dengan kerja

Sesungguhnya kerja sampai bila-bila tak akan habis. Penjawat awam misal boleh bercuti, mohonlah cuti. Cikgu-cikgu pada bulan Disember, ada cuti. Luangkan masa untuk ke tanah suci. Bersihkan hati nurani.

5. Ego

Sudah tahu tentang umrah, ada ilmu. Kerana ego tak pergi menunaikan umrah walaupun ada orang hendak sponsor. Apa salahnya merendah diri dengan menerima sahaja tawaran untuk sponsor itu untuk menunaikan umrah.

6. Belum pencen

Inilah alasan orang yang sibuk bekerjaya. Hendak tunggu pencen apabila umur 60 tahun, baru hendak menunaikan umrah. Mereka hendak pergi menunaikan umrah dan haji. Apabila tiba di sana, badan sudah sakit-sakit hanya berkerusi roda.

Rumusan: Apa jua asalan yang diberi, jangan tunggu sakit baru hendak pergi umrah. Kita pergi kerana Allah. Lebih baik pergi waktu kita sedang sihat. Ini penting supaya amal ibadat kita akan lebih sempurna. Masjidil Haram sangat tenang walaupun manusia beratus-ratus ribu. Jiwa akan tenang apabila melihat Kaabah. Allah Maha Besar. Begitu juga apabila dapat menjejak kaki ke Masjid Nabawi. Tenang sangat. 

Wednesday 3 January 2018

Perasaan pertama kali mengerjakan umrah

Bismillah...

Mengerjakan umrah merupakan impian bagi setiap muslim. Apabila ada impian, baru ada perancangan. Dalam proses perancangan untuk mengerjakan umrah,kita perlu membuat persedian yang rapi. Yakni, dari perkara yang besar hinggalah perkara yang sekecil-kecilnya.

Berdasarkan pengalaman saya, yang membuatkan teransang kepada emosi ialah apabila hampirnya hari untuk berlepas ke tanah suci. Makin dekat hari makin gemuruh, takut dan sebagainya. Demikianlah, perasaan yang berlegar kepada mereka yang hendak mengerjakan umrah.

Rasa takut, risau, bimbang itu pasti menjelma kepada mereka yang tidak pernah ke sana; tanah suci.
walau bagaimanapun perasaan sikit demi sedikit akan hilang apabila kita sampai ke sana. Selagi kita tidak melihat sendiri kaabah, selagi itu perasaan itu tidak hilang. Allah Maha Besar.

Apabila menjejak kaki ke lapangan terbang Arab Saudi, mungkin tidak rasa. Tetapi yang paling dirasai ialah apabila menjejak kaki di Masjidil Haram, Makkah. Itu yang membuatkan degup jatung kita akan bergerak laju. Allahu Akbar!

Bagaimana untuk mengatasi rasa-rasa bimbang itu?

1. Kita harus membuat persedian rapai dari sudut pembelajaran. Kita perlu tahu apa yang hendak dilakukan, apa hendak dibuat, ke mana hendak pergi.

2. Kita perlu tahu bila hendak berniat? Apa hendak dibaca? Di mana lokasi niat. Ini semua perlu yang perlu kita tahu. Apabila kita tahu perkara-perkara ini, perasaaan itu akan hilang dengan sendirinya. Dengan kata lain, persediaan itu sangat penting sebelum ke sana. 

CORONA VIRUS: SATU CATATAN KETIKA SYAWAL 1441

Sudah lama tidak menjenguk blog. Nampaknya sudah bersawang dan berhabuk. Ketika ini, di Malaysia masih lagi dengan Perintah Kawalan Bersyar...