Friday 3 November 2017

Tanam impian ke tanah suci

Alhamdulillah, niat untuk mengerjakan umrah ialah satu keazaman yang baik untuk setiap insan. Barangkali ramai yang masih belum tahu bahawa mengerjakan umrah ialah satu kewajipan sekiranya ada kemampuan dari sudut kewangan, fizikal dan mental.

Sekarang sudah masuk bulan November, bagi mereka yang ingin mengerjakan umrah pada bulan Disember ini, semestinya mereka mempunyai perasaan yang berdebar-debar. Perasaan sedemikian adalah normal di mana kebanyakkan orang yang belum menjejak kaki untuk menunaikan umrah akan merasai peraaan takut kerana dosa-dosa yang dilakukan. Tidak mengapa.

Allahu,.. insan mana yang tidak terlepas dari melakukan dosa. Namun, apabila tersilap kita cepat-cepat beristighfar kepada Allah SWT. Kita mohon agar Allah mengampunkan kesalahan kita. Kita mohon supaya ibadah umrah dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang halangan.

Timbul niat atau keazaman untuk mengerjakan umrah ialah sesuatu hadiah daripada Allah sebenarnya atau dengan kata lain ialah jemputan daripada Allah. Mengunjungi Baitullah ialah sama erti mengunjungi rumah Allah. Ada orang menangis melihat rumah Allah.

Bukan senang untuk mengunjungi rumah Allah. Hati kita perlu bersih dan suci. Atau paling tidak ada keazaman untuk membersihkan hati. Bagi mereka yang belum memasang niat, sebaik-baiknya pasanglah niat untuk ke tanah suci walaupun entah bila waktu akan dipanggil.

Bagi mereka yang sudah mendapat panggilan pada Disember ini, buatlah persiapan untuk yang rapi. Segala persediaan pakaian, peralatan, ilmu, haruskan tahu. Doa-doa yang ringkas dan segala ibadah untuk mengerjakan umrah hendak diketahui. Hafal awal-awal mana yang boleh. Tahu apa yang nak buat. Misalnya tahu di mana nak niat umrah, bagaimana untuk memakai pakaian ihram bagi lelaki mahupun wanita. Apa perkara-perkara terlarang dan sebagainya.

Di Makkah, walaupun sudah berkali-kali diberitahu, namun masih ramai yang melakukan kesilapan kecil. Masih ramai yang tidak mengambil berat tentang ibadah umrah. Untuk mengelak dari berlaku kesilapan maka persediaan sangat penting.

Apa yang sangat penting di sini ialah apabila ada hati untuk mengerjakan umrah, itu sudah cukup baik. Dan azamlah sehingga sampai menjejak kaki ke sana.

No comments:

CORONA VIRUS: SATU CATATAN KETIKA SYAWAL 1441

Sudah lama tidak menjenguk blog. Nampaknya sudah bersawang dan berhabuk. Ketika ini, di Malaysia masih lagi dengan Perintah Kawalan Bersyar...