Friday, 3 November 2017

Tanam impian ke tanah suci

Alhamdulillah, niat untuk mengerjakan umrah ialah satu keazaman yang baik untuk setiap insan. Barangkali ramai yang masih belum tahu bahawa mengerjakan umrah ialah satu kewajipan sekiranya ada kemampuan dari sudut kewangan, fizikal dan mental.

Sekarang sudah masuk bulan November, bagi mereka yang ingin mengerjakan umrah pada bulan Disember ini, semestinya mereka mempunyai perasaan yang berdebar-debar. Perasaan sedemikian adalah normal di mana kebanyakkan orang yang belum menjejak kaki untuk menunaikan umrah akan merasai peraaan takut kerana dosa-dosa yang dilakukan. Tidak mengapa.

Allahu,.. insan mana yang tidak terlepas dari melakukan dosa. Namun, apabila tersilap kita cepat-cepat beristighfar kepada Allah SWT. Kita mohon agar Allah mengampunkan kesalahan kita. Kita mohon supaya ibadah umrah dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang halangan.

Timbul niat atau keazaman untuk mengerjakan umrah ialah sesuatu hadiah daripada Allah sebenarnya atau dengan kata lain ialah jemputan daripada Allah. Mengunjungi Baitullah ialah sama erti mengunjungi rumah Allah. Ada orang menangis melihat rumah Allah.

Bukan senang untuk mengunjungi rumah Allah. Hati kita perlu bersih dan suci. Atau paling tidak ada keazaman untuk membersihkan hati. Bagi mereka yang belum memasang niat, sebaik-baiknya pasanglah niat untuk ke tanah suci walaupun entah bila waktu akan dipanggil.

Bagi mereka yang sudah mendapat panggilan pada Disember ini, buatlah persiapan untuk yang rapi. Segala persediaan pakaian, peralatan, ilmu, haruskan tahu. Doa-doa yang ringkas dan segala ibadah untuk mengerjakan umrah hendak diketahui. Hafal awal-awal mana yang boleh. Tahu apa yang nak buat. Misalnya tahu di mana nak niat umrah, bagaimana untuk memakai pakaian ihram bagi lelaki mahupun wanita. Apa perkara-perkara terlarang dan sebagainya.

Di Makkah, walaupun sudah berkali-kali diberitahu, namun masih ramai yang melakukan kesilapan kecil. Masih ramai yang tidak mengambil berat tentang ibadah umrah. Untuk mengelak dari berlaku kesilapan maka persediaan sangat penting.

Apa yang sangat penting di sini ialah apabila ada hati untuk mengerjakan umrah, itu sudah cukup baik. Dan azamlah sehingga sampai menjejak kaki ke sana.

Saturday, 22 July 2017

Tahniah kepada bakal Haji Malaysia

Alhamdulillah

Tabung Haji sudah membuat persiapan rapi bagi menghantar jemaah pertama untuk tiba di Makkah. Tahniah, kepada tuan-tuan yang dapat pergi menunaikan Haji.

Kadang kala, benda yang tidak terduga akan berlaku tanpa disangka. Begitulah yang berlakuk kepada seorang sahabat baik saya. Beliau telah mendapat panggilan Haji pada tahun ini bersama keluarga.

Menunaikan haji, hampir sama dengan menunaikan umrah. Cuma Haji mempunyai rukun tertentu yang perlu dilaksanakan.

Allahu Akbar!

Kepada tuan-tuan yang barangkali nak memdapatkan gambaran mengenai Makkah dan Madinah. Bolehlah mendapatkan sebuah naskah saya ini, iaitu Umrah Disember.

https://bookcafe.com.my/en/buku/agama/umrah-disember.html

Tuan-tuan boleh mendapatkannya di link tersebut.

Thursday, 29 June 2017

Pengalaman ke Gua Hira, tempat turunnya wahyu pertama

Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan semasa mengerjakan umrah kali ini ialah mendaki  Gua Hira. Allahu Akbar! Sebenarnya Gua Hira terletak tidak jauh dari Masjid al-Haram. Seingat saya lebih kurang 2 hingga 3 batu sahaja. Ia terletak di atas Jabal Nur. Kita semua tahu bahawa Gua Hira merupakan tempat Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama.

Kebetulan hari itu, agensi umrah menawarkan jemaah untuk pergi ke Gua Hira. Sememangnya mendaki Gua Hira tidak tersenarai dalam pakej. Kami berbincang dengan pihak agensi untuk pergi, dan mereka membantu kami dengan mengenakan bayaran sebanyak 20 riyal.


Harga  yang berbaloi. Tanpa berfikir panjang, saya terus bersetuju. Jika melalui agen lain, harganya agak berbeza. Baiklah, ahli keluarga saya yang lain tidak pergi kecuali adik saya. Kami berdua  menyertai 38 orang jemaah ke sana dengan menaiki teksi dari hotel selepas solat asar dan sangat teruja.

Apatah lagi, kami yang tidak pernah pergi ke sana. Teruja untuk menelusuri pengorbanan dan susah payah Rasulullah SAW berulang alik dari rumahnya ke Gua Hira.

Kira-kira 15 minit dari hotel, kami tiba di kaki Jabal Nur yang indah bagaikan menggamit kehadiran kami. Dalam pada itu, kelihatan di kaki deretan bukit terdapat banyak rumah penduduk di sana. Sesekali teringin tebal muka untuk menikmati nasi Arab di sana. Namun, apakan daya, kami hanya orang jauh.

 Di bawahnya terdapat kedai cenderahati. Bagi sesiapa yang hendak membeli bolehlah membeli. Kami hanya fokus untuk hendak mendaki  Gua Hira. Apabila melihat dari jauh, memang kelihatan biasa. Apabila semakin hampir, rupa-rupanya tinggi.


Namun, tidaklah setinggi Gunung Jerai. Ia ialah bukit tanpa tumbuhan. Pandangan dari bawah, kita melihat objek putih-putih iaitu orang berjalan di lereng-lereng bukit yang gersang. Tiada sebarang tumbuh - tumbuhan. Yang ada hanyalah batu-batu yang sentiasa berzikir kepada Allah SWT.

Mutawif sudah memaklumkan bahawa masa untuk mendaki  sekitar sejam. Ertinya, kami dijangka akan sampai sebelum maghrib. Mula-mula, sewaktu mendaki bukit sememangnya lancar. Sampai sahaja separuh bukit, ia memang menguji fizikal dan mental.

Sungguh letih! Kalau ikutkan rasa hati yang badannya letih, mahu sahaja berhenti di pertengahan. Walaupun rasa letih, fikiran dan azam saya masih lagi kuat. Saya mahu mendaki hingga sampai di tempat Rasulullah SAW beruzlah. Saya mahu melihat sendiri dan melalui sendiri kepayahan Rasulullah mendaki  Gua Hira.

Sewaktu naik dan sambil  melihat ke bawah terasa semakin tinggi ke udara. Terasa kebesaran Allah SWT. Kita akan nampak rumah-rumah di sekeliling Jabal Nur. Pada masa pendakian itu, saya melihat pekerja yang sedang membuat anak tangga. Mereka membuat anak tangga dengan simen. Sangat rajin seperti semut.
Sedar tidak sedar, betullah kata mutawaif bahawa kami sudah sampai di puncak lebih kurang sejam. Waktu itu orang tidak banyak. Jemaah dari Indonesia sahaja yang kelihatan sekitar 8 hingga 10 orang. Mereka masuk sekejap untuk menunaikan solat sunat, kemudian keluar. Rupa- rupanya, Gua Hira hanya boleh dimasuki dua orang.

Alhamdulillah, azan dari Masjid al-Haram dan dari masjid sekitar berkumandang ke udara menandakan waktu maghrib telah tiba.  Pada masa yang sama, seorang dari jemaah mengalunkan azan di Jabal Nur itu. Azan yang berkumandang  ke  udara menyebabkan kami terdiam seketika sebagai tanda hormat. Kami melihat sahaja keindahan lampu-lampu yang berkelipan. Lampu di mercu tanda Masjid al-Haram sudah bertukar menjadi warna hijau. Subhanallah.


Mereka yang berhajat untuk ke Gua Hira, saya cadangkan supaya mendaki selepas asar dan menuruninya selepas isyak. Saya kira waktu itu ialah waktu yang sesuai.  Ada  yang mahu memasukinya hingga  tempat Rasulullah SAW duduk beribadah. Sebenarnya, betul-betul di belakang dengan Gua Hira itu ada sebuah lubang  yang membolehkan kita melihat  terus Kaabah. Allahu Akbar!


Tuesday, 13 June 2017

4 Kesilapan kecil yang sering dilakukan oleh Jemaah umrah

Menunaikan umrah ialah satu kewajipan yang kali pertama ke tanah suci. Pada hari boleh dikatakan yang mampu terbang ke Makkah dan Madinah untuk menunaikan umrah. Para Jemaah hanya perlu mempunyai sedikit wang untuk membayar secara pakej ke sana.
Namun, dalam keterujaan hendak ke sana, ditambah pula persiapan yang kurang. Jadi ramai juga yang membuat kesilapan kecil apabila ke tanah suci. Antara kesilapan yang dapat dikenalpasti ialah:

1. Tidak menunaikan solat 5 waktu di masjid, mereka hanya menunaikan solat yang utama di masjid. Asar misalnya mereka solat di hotel. Perkara tidak seharusnya berlaku. Apabila para Jemaah sudah berada di tanah suci, sewajarnya mereka menunaikan solat 5 waktu
2. Terlalu banyak mengerjakan umrah sehingga tertinggal untuk mengerjakan solat berjemaah. Ini berlaku, kebanyakkan orang Malaysia akan berlumba-lumba untuk melakukan umrah sehinggal keadaan fizikal letih. Sebenarnya, yang wajib hanya sekali. Mamadai laksana umrah mengikut keupayaan diri. Selebihnya boleh melaksanakan tawaf sunat dan ibadat-ibadat sunat yang lain.
3. Bersandar pada Kaabah. Ini juga sering terjadi. Masyarakat kita terikut-ikut dengan orang lain. Jika diperhatikan Kaabah hanya sebuah tempat ibadah seperti surau. Tidak ada apa-apa. Kita sembah Allah bukan sembah Kaabah. Ia merupakan tempat ibadah yang pertama dalam kehidupan manusia.
4. Lewat ke masjid. Sebenarnya untuk menunaikan solat 5, anda dinasihatkan supaya hadir lebih awal terutama waktu Subuh, Maghrib dan Isyak. Waktu-waktu tersebut hendak awal 30 minit. Ini penting supaya mengelakan jalan masuk ditutup. Apabila pintu ditutup, makan jemaah terpaksa memasuki masjid yang agak jauh. Untuk mengatasi masuk ke pintu yang jauh, dinasihatkan datang lebih awal. Jika lambat, alamatnya jemaah kadang-kadang jemaah terpaksa solat diluar masjid. Bagi waktu Zuhur dan Asar tidak mengapa, 10 minit sebelum solat pun boleh masuk lagi. 

----------------------------------------------------

Perform umrah is a duty first to the holy land. On the day it is said to be able to fly to Makkah and Medina to perform umrah. The Congregation only need to have some money to pay for the packages there.
However, in the excitement of going there, plus less preparation. So many also make small mistakes when it comes to holy land. Among the many mistakes that can be identified are:

1. Not performing the 5 time prayer in the mosque, they only perform the main prayers at the mosque. Asar as they pray at the hotel. Things should not happen. If the Congregation is already in the holy land, they are obliged to perform the prayer 5 times
2. Too much work umrah left behind to perform congregation prayers. This is happening, most Malaysians will rush to do umrah until they are physically tired. Actually, it's only obligatory once. Mamadai is like umrah according to their ability. The rest can perform tawaf circumcision and other circumcision devotions.
3. Rely on the Temple. This also happens frequently. Our community is involved with others. If the Kaaba observes only a place of worship like a surau. Nothing. We worship God not worship the Temple. It is the first place of worship in human life.
4. Go to the mosque. Actually to perform the 5 prayers, you are advised to attend early especially during the Dawn, Maghrib and Isyak. The hours are about 30 minutes early. This is important in order to avoid logging in. When the door closed, the pilgrims were forced to enter the mosque far enough away. To address the entrance to the distant door, it is advisable to arrive early. If late, the address of the pilgrims sometimes pilgrims are obliged to pray outside the mosque. For Zuhur and Asar time, no matter what, 10 minutes before prayers can come in again.


-------------------------------------------

العمرة هي واحدة من الالتزام الأول إلى الأراضي المقدسة. في اليوم يمكن القول أن يكون قادرا على السفر إلى مكة المكرمة والمدينة المنورة لأداء العمرة. يجب أن يكون للمجلس سوى القليل من المال لدفع ثمن حزمة هناك.
ومع ذلك، في الإثارة للوصول إلى هناك، إلى جانب إعداد أقل. الكثير أدلى أيضا خطأ صغير عندما الأراضي المقدسة. ومن بين الأخطاء التي يمكن تحديدها فيما يلي:

1. لا يصلي في المسجد خمس مرات، يصلون إلا أن المسجد الرئيسي. صلاة اسار في المثال بهم. يجب أن الأمور لم يحدث. عندما كان مجلس الوزراء بالفعل في الأرض المقدسة، وفقا لذلك يصلون 5 مرات
غادر 2. الكثير من العمل للقيام به العمرة حتى الصلاة. يحدث هذا، فإن معظم الناس سوف تتنافس لأداء العمرة حالة منهكة جسديا. في الواقع، ينبغي أن يكون مرة واحدة فقط. ممارسة العمرة الذاتي كافية. بقية يمكن أن تؤدي مناسك الطواف الختان وختان الآخرين.
3. الاعتماد على الهيكل. ومن الشائع أيضا. مجتمعنا يتأثر الآخرين. إذا لاحظت معبد مجرد مكان للعبادة مثل الصلاة. لا ما الأمر شيئا. نحن نعبد الله، لا نعبد الكعبة. هذا هو المكان الأول من العبادة في حياة الإنسان.
4. من خلال المسجد. في الواقع، لنصلي 5، وينصح لك للوصول في وقت مبكر، وخصوصا حول الفجر، المغرب والعشاء. ستكون هذه الأوقات 30 دقيقة في وقت مبكر. وهذا أمر مهم من أجل تجنب مدخل مغلقة. عندما أغلق الباب، وتناول الطعام كانت جماعة دخول المسجد على مسافة بعيدة. للتعامل مع مدخل بكثير إلى الباب، وينصح أن يصل في وقت مبكر. وإذا كان بطيئا، والجماعة عنوان أحيانا كان جماعة للصلاة خارج المسجد. لالظهر ووقت العصر لا يهم، وسمح قبل صلاة 10 دقيقة في مرة أخرى.

Monday, 22 May 2017

Keperluan Umrah

Di Malaysia, agensi umrah dengan pakej yang kita pilih akan memberi beg kepada setiap jemaah. Hal ini berdasarkan pengalaman saya. Jika ada jemaah yang tidak dapat, berkemungkinan beg tersebut tidak tersenarai dalam pakej. Para jemaah boleh bertanya sebelum mendaftar, sama ada  dapat atau tidak beg berkenaan. Jika tidak tersenarai dalam pakej, kita hendaklah membelinya sendiri.
Seterusnya, kita akan melihat keperluan umrah. Apakah keperluan asas yang hendak dibawa bersama? Selain menyiapkan keperluan ilmu, mental, fizikal dan sebagainya. Kita juga perlu menyediakan keperluan asas untuk mengerjakan umrah.
 Yang berikut saya kongsikan senarainya bagi memudahkan para jemaah untuk ke tanah suci.
Lelaki
Wanita
Kain Ihram
Telekung solat
Tali Pinggang
Jubah / maksi
Jubah
Kasut & stoking
Selipar
Seluar panjang
Kasut & stoking
Pakaian tidur
Uncang kasut
Beg
Pakaian tidur
Uncang kasut
Pakaian ziarah
Pakaian ziarah

 Demikianlah keperluan asas untuk pergi mengerjakan umrah. Selain keperluan asas yang dinyatakan itu, terdapat juga keperluan lain seperti charger telefon, penyangkut baju dan  sabun.
Ia terpulang pada jemaah. Aktiviti membasuh sangat mudah kerana pakaian kita tidak terkena kotoran. Hanya untuk menghilangkan bau peluh. Jadi, kita boleh membasuh dengan tangan serta menggantung sementara di dalam bilik air. Kemudian, alihkan ke bilik tidur. Jika tidak mahu membawa sabun, boleh dihantar ke dobi.
Selain itu, bawalah buku doa atau buku-buku yang berkaitan. Ia boleh dijadikan rujukan apabila ada masalah-masalah yang timbul. Tidak dinafikan, Ubat-ubatan sendiri dari Malaysia juga amat penting untuk dibawa walaupun di tanah suci pun terdapat farmasi. Barangkali, ubat demam, ubat selesema, ubat gatal menjadi keperluan di sana.
Keperluan lain seperti gunting, perlulah dibawa untuk kita bertahalul. Gunting tersebut hendaklah dimasukkan di dalam beg bagasi kerana dilarang membawanya ke bahagian tempat duduk penumpang. Bagi orang lelaki, bawalah juga pisau cukur. Bagi yang kepala botak, tidak boleh mengguntingnya. Jadi, sesetangah pendapat menyebut, memadai melalukan pisau di atas kepala sebagai syarat bertahalul.
Bagi orang perempuan pula, memadai membawa gunting. Mereka tidak perlu membotakkan kepala, hanya menggunting 2 hingga 3 helai sebagai syarat bertahalul.
Sekiranya rajin, belilah  penyembur (spray) wuduk dari Malaysia. Ia sangat berguna apabila sedang mengerjakan umrah. Sekiranya jemaah terbatal wuduk apabila  sedang mengerjakan umrah, bolehlah menyembur terus dengan penyembur (spray) sahaja. Waktu lain, kita boleh ke tempat wuduk. Jika tidak ada pun tidak mengapa kerana  ia untuk memudahkan sahaja.
Bagi mereka yang tidak biasa berjalan jauh (berjalan kaki), disarankan agar membawa minyak angin atau minyak urut. Dibimbangi urat kaki menjadi  tegang kerana kali pertama mengerjakan umrah. Sepanjang pemerhatian saya, terdapat beberapa jemaah kita akan terasa lenguh pada kaki. Jadi, minyak angin atau minyak urut sangat bagus dibawa. Kita hanya menyapunya sebelum tidur dan tidak perlulah mengurutnya. Jika tersilap urut, dibimbangi nanti menghidapi demam urat! Sapu sahaja sudah mencukupi.
  Soket elektrik antarabangsa pun penting. Di Arab Saudi, soket elektrik tidak sama dengan soket di Malaysia. Jadi, dinasihatkan supaya membawanya. Lebih elok jika membawa wayar penyambung sekali. Sekiranya pergi dengan pakej bertiga atau berempat, bolehlah menggunakannya bersama-sama jemaah lain. Kita senang, mereka pun senang!

Friday, 19 May 2017

Suasana di Madinah dan Masjid Nabawi, ini kisahnya.

Suasana di Madinah tidak sama dengan suasana di Makkah. Sekarang, Madinah merupakan bandar yang indah, tenang dan harmoni.
Di sanalah terletaknya Masjid Nabawi dan Makam Rasulullah SAW. Sebenarnya makam Rasulullah terletak di dalam masjid Nabawi.

Bagi mereka yang kali pertama pergi ke Madinah pastinya akan menuju ke makam Rasulullah SAW.
Sebelum kita berbicara lebih lanjut mengenai masjid dan makam, saya ingin mengambarkan suasana di Madinah terlebih dahulu.

“Shalat di masjidku (Masjid Nabawi) lebih baik dari 1000 shalat di masjid lainnya selain Masjidil Harom.” (HR. Bukhari no. 1190 dan Muslim no. 1394, dari Abu Hurairah)

Sumber : https://rumaysho.com/5818-keutamaan-shalat-di-masjid-nabawi.html

Lapangan kapal terbang Madinah berada tidak jauh dari Masjid Nabawi. Jika tuan-tuan sampai sahaja di airport, tuan-tuan hanya akan mengambil masa kurang 30 minit untuk ke hotel penginapan. Sekiranya melalui agensi, tuan-tuan akan bergerak dengan bas. Sebaliknya jika pergerakan tuan-tuan dari Makkah, ia akan mengambil masa 6-7 jam (termasuk berhenti rehat dan sebagainya).

Hotel-hotel di sekitar masjid Nabawi, dekat. Ia hanya tidak lebihr 500 meter. Itupun yang paling jauh. Kita hanya berjalan kaki sahaja ke masjid. Hotel- hotel mewah berada di hadapan pintu masjid. Manakala, yang agak sederhana berada di sedikit belakang.

Kali kedua pergi umrah, saya menginap di sebuah hotel berhampiran dengan pasar tamar. Jadi, jika hendak membeli kurma, hanya perlu melintas jalan sahaja. Dekat.

Di Madinah, boleh dikatakan harga barangan di sana agak murah berbanding Makkah. Ini apa yang saya lihatlah. Walau bagaimanapun, jika tuan-tuan bijak untuk tawar menawar dengan penjual. Maka tuan puan akan dapat harga yang berpatutan.

Baik, sebenarnya sepanjang perjalanan; ke masjid  ada kedai-kedai yang menarik perhatian jemaah. Jadi, para jemaah harus fokus untuk menunaikan ibadah. Tunaikan dahulu amal ibadah di masjid. Apabila sudah selesai ziarah makam Rasulullah. Barulah tuan-tuan membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang.

Pada bulan Disember, iklim di Madinah agak sejuk terutamanya pada waktu pagi. Pada waktu tengah hari dan petang agak dingin. Dan kembali sejuk pada waktu malam. Apabila berada dalam keadaan sejuk, maka kita akan lebih selesa untuk beribadah.

Di sekeliling masjid ada hotel-hotel yang canggih-canggih. Dan apabila masuk sahaja ke Masjid Nabawi, kita akan rasa tenteram. Terdapat banyak pintu, sudut-sudut, ukiran-ukiran khat yang cantik-cantik di sana. Subhanallah

Di sana, tuan-tuan akan dapat melihat pelbagai bangsa manusia. Allahu Akbar!

Ini gambar semasa berada di Madinah.





Bersama-sama Presiden Mabopa

Berminat mahu tahu cerita ini lebih lanjut? Dapatkan buku Umrah Disember di sini

https://bookcafe.com.my/en/buku/agama/umrah-disember.html


Selepas solat Duha

Friday, 12 May 2017

Penting menuntut ilmu sebelum umrah

Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim. Demikianlah mafhum hadis nabi. Walaupun saya pernah mengerjakan umrah, saya juga harus pergi berkursus supaya ilmu tersebut dapat dicerap kali kedua. Barangkali, ada perkara baharu yang hendak disampaikan atau sebagai ulang ingat apa-apa yang telah dipelajari.



Agensi yang saya pilih telah memberi jadual kursus. Sebaliknya, saya tidak dapat menghadiri kursus di Alor Setar atas kekangan masa memandangkan saya bermastautin di Ipoh. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk menumpang menghadiri kursus di sebuah agensi umrah di Ipoh.
Kebetulan pula, pejabat agensi tersebut tidak jauh dari rumah saya. Jadi, bolehlah saya menunggang motosikal sahaja untuk ke tempat kursus.
Alhamdulillah. Segala yang dirancang dan perancangan Allah SWT untuk saya berjalan seperti yang diusahakan. Saya telah menghadiri kursus sebanyak dua kali. Selebihnya, saya membuat rujukan kitab-kitab terdahulu dan membaca kembali catatan umrah dahulu.
Hal ini penting supaya kita pergi dengan ilmu dan bukannya sekadar ikut-ikutan. Apabila kita pergi dengan ilmu, maka ibadah kita akan lebih sempurna.
Selanjutnya, apabila kita sudah memasang niat, daftarlah. Kemudian, hadirlah  kursus umrah supaya kita tahu perkara  yang hendak dilakukan sebelum, semasa dan selepas umrah.  Semasa kursus itu, kita akan tahu segala keperluan yang perlu dibawa. Doa yang perlu dibaca dan sebagainya. Secara asasnya, umrah ialah ibadah berniat mengunjungi Baitullahil-Haram untuk mengerjakan tawaf, sai dan bertahalul. Umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Rukun umrah :
1.        Niat
2.      Tawaf
3.       Sai
4.      Tahalul
5.      Tertib

Baiklah,  niat pula terdapat beberapa lokasi niat umrah. Antaranya ialah Bir Ali, Ja’ranah, Hudaibiah, Tana’im dan sebagainya. Sekiranya jemaah dari Madinah, maka niatnya di Masjid Bir Ali. Di sanalah kebanyakan orang akan berniat. Selepas niat, tunailah solat sunat ihram.
Sekiranya jemaah dari KLIA ke Makkah, maka niatnya di suatu miqat (sempadan) yang akan dimaklumkan oleh krew penerbangan atau mutawif, sejam sebelum mendarat. Niat umrah berbeza dengan niat ibadah yang lain-lain. Niat umrah mestilah pada lokasinya iaitu miqat. Biasanya dalam pakej umrah, jemaah akan dibawa ke Ja’ranah dan Hudaibiah. Oleh itu, gunakan kesempatan untuk berniat mengerjakan umrah di sana.
Seterusnya, lokasi miqat yang paling dekat dengan Makkah ialah Tana’im. Untuk pengetahuan, lokasi ini paling popular kerana jemaah akan pergi dengan teksi dan berniat di sana. Sekarang, jemaah akan dikenakan bayaran sebanyak 30 hingga 50 riyal bagi perkhidmatan sebuah teksi.
Ia bergantung pada rundingan jemaah dengan pemandu teksi. Jika jemaah boleh berbahasa Arab, gunalah bahasa Arab. Barangkali, jemaah akan mendapat diskaun lebih. Jika tidak tahu, gunalah bahasa Melayu.
Mereka sudah biasa kerana bertahun-tahun memandu teksi di Makkah. Mintalah diskaun dengan cara yang  baik. Insya-Allah, tuan puan akan mendapat harga yang berpatutan.
 Apabila kita sudah berniat umrah dan berihram, kita hendaklah menjaga pantang larang. Ia penting dijaga untuk memperoleh kesempurnaan ibadah umrah. Yang berikut ialah pantang larang umrah:
1)       Tidak boleh menutup kepala bagi lelaki.
2)     Tidak boleh memakai kain bersarung atau berjahit.
3)      Tidak boleh menutup muka bagi perempuan.
4)     Tidak boleh memakai sarung tangan.
5)     Tidak boleh memakai bau-bauan.
6)     Tidak boleh memakai minyak rambut.
7)     Tidak boleh menanggalkan rambut atau bulu dengan sengaja.
8)     Tidak boleh mencabut tumbuh-tumbuhan.
9)     Tidak boleh mengerat kuku.
10)  Tidak boleh memburu binatang.
11)    Tidak boleh bersetubuh.
12)   Tidak boleh melakukan pendahuluan persetubuhan.
13)   Tidak boleh bernikah atau menjadi saksi nikah.

Tempoh pantang larang ini bermula dari niat dan berakhir apabila kita bertahalul. Kebanyakan jemaah yang telah berniat, seboleh-bolehnya mereka mahu menyelesaikan umrah. Jika bertangguh, dikhuatiri akan terlanggar pantang larang umrah.


Oleh itu, sempurnakanlah rukun umrah dengan sebaik-baiknya dalam masa yang ada. Katakanlah jemaah sedang mengerjakan tawaf dan pada masa yang sama azan berkumandang, berhentilah untuk menunaikan solat fardu. Setelah memberi salam, sambunglah kembali ibadah tawaf tersebut.

Berminat untuk dapatkan buku umrah? WhatsApp 019 456 4225

CORONA VIRUS: SATU CATATAN KETIKA SYAWAL 1441

Sudah lama tidak menjenguk blog. Nampaknya sudah bersawang dan berhabuk. Ketika ini, di Malaysia masih lagi dengan Perintah Kawalan Bersyar...