Kepada yang belum pernah mengerjakan umrah, saya
kongsikan 7 tip untuk memudahkan perancangan. Mungkin boleh dijadikan
panduan untuk bakal-bakal jemaah ke tanah suci.
7 tip untuk memilih agensi umrah:
1.
Harga
– Sudah semestinya jemaah yang hendak mengerjakan umrah akan memilih tawaran
harga yang paling murah. Ingat, jangan terlalu murah sehingga timbul masalah semasa
hendak berlepas. Walau bagaimanapun, lihat juga pakej yang ditawarkan dengan
terperinci supaya harga yang ditawarkan berpatutan dengan pakej. Apa-apapun
biarlah harga yang berpatutan.
2.
Jadual umrah & ziarah – Apabila kita hendak memilih syarikat umrah, pilihlah
yang mempunyai jadual yang paling kita sukai. Contohnya, ada syarikat
penerbangan yang menuju ke Madinah dahulu. Ada juga yang ke Makkah, kemudian ke Madinah. Namun, ada juga yang transit ke
negara lain, misalnya ke Turki, Bangladesh, Dubai dan sebagainya. Pilihlah
jadual yang kita mahu.
3.
Jarak hotel ke masjid – Bagi sesetengah orang, mereka tidak kisah
tentang jarak ini. Asalkan dapat pergi mengerjakan umrah. Berdasarkan
pengalaman dan tinjauan saya, lokasi hotel
di Madinah ke Masjid Nabawi adalah dekat. Berbeza di Makkah, jarak hotel ke
masjid yang jauh pun dalam lingkungan 600 meter hingga 800 meter. Sekiranya inginkan
hotel yang dekat, bolehlah melihat pakej yang ditawarkan. Lagi dekat, lagi
mahal!
4.
Bilangan hari – Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan visa umrah selama 30 hari. Jadi,
kita boleh melihat tempoh beberapa hari di sana (Makkah dan Madinah). Kita boleh memilih 10 hari, 12 hari,
14 hari dan sebagainya.
5.
Tarikh pergi dan pulang – Bagi orang yang bekerja, sudah tentu mereka akan
mula merancang. Bilakah tarikh untuk mereka pergi dan pulang? Bagi penjawat
awam , mereka perlu memohon kebenaran ke luar negara melalui jabatan
masing-masing. Tarikh berkenaan sangat penting untuk mereka memohon cuti. Bagi
yang bekerja sendiri atau sudah bersara, bolehlah pergi pada bila-bila masa.
6. Jenis
penerbangan –Kebanyakan orang
tidak kisah tentang jenis penerbangan. Berdasarkan pengalaman saya, pilihlah
syarikat penerbangan yang agak selesa. Alasannya, kita akan berada di dalam
kapal terbang hampir 9 jam iaitu suatu tempoh yang agak lama. Jadi, keselesaan
sangat penting semasa berada di dalam kapal terbang. Sebaliknya, jika anda
memilih penerbangan tambang murah atau dikategorikan jimat (dalam pakej), ruang
tempat duduknya agak kurang selesa.
7. Mutawif yang
bagus – Sudah semestinya, bagi anda
yang menempuhinya buat kali pertama amatlah memerlukan seorang pembimbing (Group Leader) yang bagus. Bagi agensi ternama, mereka sudah pasti
memiliki mutawif yang terlatih atau boleh bertutur dalam bahasa Arab. Atau
paling tidak pun, mereka akan membimbing jemaah sepanjang mengerjakan umrah dan
ziarah.
No comments:
Post a Comment