Tuesday, 17 January 2017

9 tip bekerja untuk staf

Bekerja di pejabat adalah satu bidang kerja yang sangat menyeronokkan apabila kena dengan minat dan pilihan. Bagi memenuhi aspirasi diri dan organisasi, ikuti tip ini :

1.    Datang awal ke pejabat. Hal ini penting untuk anda menyusun masa. Misalnya tempat kerja anda bermula jam 8:00 pagi. Jadi, sebaik-baik anda datang 5- 10  minit sebelum masa. Kerja anda akan lebih teratur.

2.    Laksanakan tugas seperti mana yang diarahkan. Di tempat kerja, anda hendaklah melaksanakan tugas mengikut masa dan apa tugasan anda seperti yang diarahkan.

3.    Lakukan tugas mengikut masa yang ditetapkan. Bekerja dalam bidang perkhidmatan memerlukan masa. Jadi, anda harus peka berkaitan masa. Jangan berlengah tetapi buat ikut masa yang diberi.

4.     Buat yang penting dan segera dahulu. Dengan kata lain, anda harus buat yang penting dahulu kemudian dikuti yang tidak penting dan tidak segera.

5.    Gunakan komunikasi yang berkesan. Apabila anda menerima tugasan. Dapatkan penjelasan sebelum anda melakukan tugasan tersebut. Meminta penjelasan sebenarnya adalah satu kemahiran asas dalam komunikasi. Gunakan selalu.

6.    Gunakan masa bekerja dengan sebaik-baiknya. Fokus pada kerja anda. Lakukan hingga selesai. Masa adalah sangat beharga untuk diri dan organisasi.

7.    Buat kerja ikut turutan. Yang dahulu, didahulukan. Yang kemudian, dikemudiankan. Anda juga harus ikut operasi kerja yang telah ditetapkan.

8.    Jaga hubungan baik. Dalam organisasi, anda harus memahami orang lain. Misalnya orang atasan, rakan sekerja dan juga orang bawahan. Hubungan baik sangat penting untuk pembangunan diri dan organisasi.

9.    Bekerja adalah ibadah. Anda harus bersyukur apa yang lakukan sekarang. Ingat, kerja berniatkan ibadah akan dapat pahala dan diberkati.



No comments:

CORONA VIRUS: SATU CATATAN KETIKA SYAWAL 1441

Sudah lama tidak menjenguk blog. Nampaknya sudah bersawang dan berhabuk. Ketika ini, di Malaysia masih lagi dengan Perintah Kawalan Bersyar...