Friday, 21 April 2017

Mengapa saya menulis buku ‘Umrah Disember’

Apabila kita bercakap mengenai umrah, sudah pasti kita akan membayangkan Makkah.  Ia merupakan satu tempat yang jauh di tanah Arab. Makkah dan Madinah ialah satu tempat suci umat Islam di mana hati setiap muslim akan tertarik untuk ke sana. Dan, di sana adanya Baitullah sering kita idamkan.

            Apabila seseorang itu  berhasrat ke sana suci, dia hendaklah membuat persediaan ke arah itu. Jadi, dalam buku ‘Umrah Disember’ saya telah menyediakan solusi kepada mereka ke sana. Dengan membaca buku ini, seseorang itu akan mengetahui apakah perlu kita bawa. Apakah rukun umrah? Bagaimana melakukan umrah? Persoalan mengenai umrah akan terjawab apabila mereka membaca buku ini.
            Saya sendiri dalam keterujaan untuk untuk ke tanah suci pun merasa sesuatu. Jadi, dalam buku ini  saya telah kongsikan perasaan- yang mana mungkin sama dengan orang lain.

            Satu perkara menarik, barangkali mengenai perjalanan ke Gua Hira. Salah seorang penyemak buku ini iaitu Ustaz Saidi berkata, cadangan masa untuk mendaki ke Gua Hira yang saya cerita dalam buku tersebut sangat membantu untuk mereka ingin ke sana. Tambahnya lagi, beliau sendiri pun belum pernah ke sana. Dengan cerita saya tadi akan membantu mereka yang mahu ke Gua Hira.
           
        Antara sebab lain, saya fikir saya tidak syok sendiri kerana buku yang saya tulis ini mempunyai diteliti oleh 2 orang editor dan 3 orang penyemak. Ini sudah cukup kuat.
Akhir sekali, saya kira sebagai penyambung wasilah semasa saya tidak ada lagi. Inilah sumbangan dakwah saya terhadap Islam. Semoga bermanfaat!


Dapatkan hari ini dengan harga RM18. Hubungi 019 456 4225


Tuesday, 18 April 2017

Umrah Disember, buku panduan untuk menunaikan umrah



Alhamdulillah, Minggu ini merupakan minggu pertama buku ini terbit. Baik, apa kandungan dalam buku 'Umrah Disember' ini?

Baik, dalam buku ini, saya telah selitkan keperluan asas untuk menunaikan umrah misalnya kain ihram, tali pinggang, kasut, uncang kasut, gunting. Manakala bagi wanita pula, pakaian seperti biasa iaitu telekung, beg kecil dan sebagainya.

Selain membuat persediaan alatan, kita juga harus membuat persediaan ilmu. Itu yang paling penting. Misalnya, apa rukun umrah, doa apa hendak dibaca, bagaimana lafaz niat, di mana tempat berniat dan sebagainya.

Saya kira, 3 orang penyemak sudah cukup kuat mengesahkan apa yang saya cerita. Mudah-mudahan buku ini dapat memberi manfaat kepada umat Islam khususnya di Malaysia.

Terima kasih.

**********************************

Kepada yang ingin membeli buku ini, Harga RM18 sahaja;
boleh whatsApp Puan Putri Nurul Asyiqin di talian 019 579 0639.

Monday, 10 April 2017

Umrah Disember : catatan perjalanan menuju Baitullah




Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT kerana limpah dan kasih sayang. Selawat dan salam buat junjungan tercinta, Nabi Muhammad SAW dan keluarganya yang dimuliakan.

Begitu juga kepada para sahabat, alim ulama, buat tuan-tuan guru, ustaz-ustazah. Golongan yang beriman dan beramal soleh serta muslimin dan muslimat.

Dengan rendah hati, saya ingin menzahirkan kesyukuran kerana akhirnya buku ‘Umrah Disember’ ini telah siap sepenuhnya. Sebenarnya, tujuan saya menulis buku ini ialah untuk berkongsi pengalaman mengerjakan umrah. Apa yang saya alami, rasai itulah yang saya kongsikan. Harapan saya, apabila pembaca meneliti catatan ini, ia boleh dijadikan secebis panduan untuk mereka mengerjakan umrah kelak.

Ringkasnya dalam buku ini, saya telah muatkan catatan perjalanan dari Malaysia hingga ke tanah suci. Dalam buku ini terdapat persediaan yang perlu dilakukan, panduan ringkas, tip-tip berkaitan umrah dan sebagainya.


Mohon maaf jika ada kelemahan. Terima kasih kepada semua. Semoga catatan ini memberi manfaat untuk muslimin dan muslimat di mana jua kalian berada.

*******************************************************
Berikut saya kongsikan  ulasan dari penyemak

 
“Buku ini sangat bagus dan sesuai dijadikan rujukan bagi yang ingin menunaikan umrah khususnya bagi yang kali pertama ke Haramain. Penulis telah berkongsi ilmu dan tip dalam bentuk pengalaman dan ilmiah. Gaya penulisan yang santai dan mudah difahami. Anda harus milikinya...”
Imam Muda Megat
Musim ke-3

Alhamdulillah, setelah membaca manuskrip ini, saya dapati ia boleh dijadikan panduan kepada mereka belum pernah ke tanah suci. Bagi mereka yang pernah pergi, akan dapat mengimbau kembali saat-saat berada di sana...”

Ustaz Saidi
Pensyarah Kolej Matrikulasi Perak

“Buku ini disampaikan dalam bentuk cerita, ia sesuai dijadikan panduan kepada mereka yang berhasrat menunaikan umrah atau haji...”
Ustaz Shamsul Kamal
Pembimbing ibadat haji & umrah
Umrah Disember SM RM18 / SS RM20

Kepada tuan puan yang ingin mendapatkan buku ini bolehlah menghubungi Puan Putri Nurul Asyiqin di talian 019 579 0639

Tuesday, 14 March 2017

Tip umrah dengan orang tua-tua

Assalamualaikum warah matullah

Tuan puan yang dimuliakan,

Topik saya mahu kongsikan kali ini ialah berkaitan tip umrah dengan orang tua-tua. Mengerjakan umrah dengan pasangan (suami-isteri), sendiri sangat berbeza dengan mengerjakan umrah dengan orang tua-tua.

1. Apabila kita mahu mengerjakan umrah dengan orang tua-tua, kita perlu menjaga lebih beralah dalam segala hal. Tekmologi pada hari ini memang memudahkan kita. Namun, bagi orang tua-tua dari kampung, yang tambahan lagi tidak tahu membaca atau menulis adalah memerlukan kesabaran.

2. Kita sebagai orang yang masih cergas harus bersabar. Jika kita boleh berjalan laju- Apabila pergi dengan orang tua kita harus bersabar. Jalan perlahan-lahan. Biar mereka pergi dahulu. Kita jalan di belakang.

3. Di Lapangan kapal terbang misalnya, ada lokasi yang perlu pengetahuan. Misalnya di bahagain kastam atau pemeriksaaan tertentu. Beritahu mereka apa yang hendak dilakukan. Jangan kita menganggap orang tua-tua tahu urusan di lapangan terbang.

4. Demikian juga apabila tiba Madinah dan Makkah. Bimbingan orang tua. Kita jalan bersama-sama mereka. Laksanak umrah bersama-sama mereka. Misalnya sewaktu hendak melaksanakan ibadah tawaf. Kita hendaklah bersama-sama mereka dari awal sehingga selesai.

5. Semasa tawaf, penuhi setiap perkara wajib. Orang tua-tua mungkin tidak perasaaan apa yang hendak dilakukan. Bimbing mereka untuk melaksanakan ibadah tersebut. Pengalaman saya pergi dengan orang-orang mengajar saya lebih sabar, lebih memahami bahawa tidak mustahil kita juga akan melangkah ke alam tua. 



Thursday, 2 March 2017

Umrah secara pakej dan umrah sendiri, mana lebih baik?




Bismillahirahmanirahim

Bercakap mengenai umrah. Semua orang akan pergi ke Baitullah. Cepat atau lambat sahaja menjadi tanda tanya. Sebenarnya menunaikan umrah ini, ialah panggilan daripada Allah SWT. Apabila Allah SWT taala panggil hendaklah kita sahut panggilan itu.

1. Barangkali kita akan tertanya, bagaimana jika Allah SWT tidak memanggil. Beginilah Allah Maha Kaya, Kita sebagai hamba harus berdoa dan memohon kepadanya. Barulah Allah panggil.

2. Sama juga seperti rezeki, jika kita tidak berusaha manakan bisa rezeki datang bergolek. Demikianlah maksud saya. Baik, mengenai pergi secara pakej dan umrah secara sendiri mana lebih baik?

3. Pada pandangan saya, bagi mereka yang kali pertama mahu menunaikan umrah. Lebih baik pergi secara pakej. Semuanya telah dsiapkan misal pengangkutan, penginapan, makan, lawatan dan sebagainya.

4. Sebaliknya, jika pergi secara sendiri tuan puan perlu merancang semuanya dari A-Z. Lagipun, lokasi yang hendak pergi bukannya tahu sangat. Melainkan jemaah tersebut pernah pergi dengan pakej. Bolehlah dia pergi sendiri.

5. Nak pergi sendiri tidak payah pun. Hanya booking kapal terbang, booking hotel di Makkah & Madinah. Visa: Minta tolong dengan syarikat urus umrah. Caj dalam RM350-RM450. Makan, boleh beli di kedai makan berhampiran masjid. Mudah.

6. Kesimpulannya, apapun kembali kepada kemampuan diri sendiri. Jika seseorang itu boleh pergi sendiri, tiada jadi masalah. Teruskan sahaja niat tersebut. Jika tidak mampu atau tidak berapa yakin, lebih baik pergi dengan pakej. Biar bayar lebih sedikit, asalkan tidak sakit kepala.

Saturday, 28 January 2017

Bingkisan dari manuskrip, saya kongsikan catatan ini

Alhamdulillah- Syukur kepada Allah SWT kerana kita semua dapat bernafas di bumiNYA.

Baik, kali ini untuk catatan seterusnya, saya nak kongsikan apa yang saya catat.

Baca di catatan atas gambar tersebut - semoga bermanfaat. Untuk makluman, catatan saya sedang memasuki 50 muka surat. Bahagian 2. Target saya ialah sebanyak 120 muka surat sahaja.

Nak mengarang catatan travelog ini sebenarnya memerlukan masa sunyi. Jadi, saya harus memanfaat setiap kali masa lapang yang ada. Apa yang saya teruja sangat nak kongsikan dalam buku umrah ini ialah tip, panduan dan sebagainya. Misalnya apabila kita masuk ke Masjid Nabawi-apa benda yang kita perlu buat, baca? Nak tau? tunggu....

Jangkaan siap hujung Mac  ini!

Jika ada sebarang komen, nak share...boleh whatsApp saya di +019 456 4225. Amli.









Saturday, 21 January 2017

Travelog Umrah ke-2 akan terbit tahun 2017

Terima kasih kepada tuan puan yang sudi singah di blog ini. Untuk makluman, sekarang saya sedang menyiapkan buku berkaitan travelog umrah ke-2.

Buku ini saya kira mempunyai kelainan berbanding buku umrah pertama. Buku yang kedua ini mempunyai panduan, tip khas untuk bakal jemaah. Antara tip yang boleh kongsikan ialah bagaimana cara untuk mencium hajaratul aswad tanpa dengan mudah. Insya-Allah.

Selain itu, saya juga turut kongsikan tip pergi umrah dengan orang tua-tua. Dan banyak lagi yang saya nak kongsi.

Saya mohon supaya tuan-tuan doakan agar catatan umrah ini siap dan berjaya diterbitkan sebelum pesta buku tahun ini 2017.

Tidak sabar untuk kongsikan catatan perjalanan ini.Nantikan!


CORONA VIRUS: SATU CATATAN KETIKA SYAWAL 1441

Sudah lama tidak menjenguk blog. Nampaknya sudah bersawang dan berhabuk. Ketika ini, di Malaysia masih lagi dengan Perintah Kawalan Bersyar...