Thursday, 2 March 2017
Umrah secara pakej dan umrah sendiri, mana lebih baik?
Bismillahirahmanirahim
Bercakap mengenai umrah. Semua orang akan pergi ke Baitullah. Cepat atau lambat sahaja menjadi tanda tanya. Sebenarnya menunaikan umrah ini, ialah panggilan daripada Allah SWT. Apabila Allah SWT taala panggil hendaklah kita sahut panggilan itu.
1. Barangkali kita akan tertanya, bagaimana jika Allah SWT tidak memanggil. Beginilah Allah Maha Kaya, Kita sebagai hamba harus berdoa dan memohon kepadanya. Barulah Allah panggil.
2. Sama juga seperti rezeki, jika kita tidak berusaha manakan bisa rezeki datang bergolek. Demikianlah maksud saya. Baik, mengenai pergi secara pakej dan umrah secara sendiri mana lebih baik?
3. Pada pandangan saya, bagi mereka yang kali pertama mahu menunaikan umrah. Lebih baik pergi secara pakej. Semuanya telah dsiapkan misal pengangkutan, penginapan, makan, lawatan dan sebagainya.
4. Sebaliknya, jika pergi secara sendiri tuan puan perlu merancang semuanya dari A-Z. Lagipun, lokasi yang hendak pergi bukannya tahu sangat. Melainkan jemaah tersebut pernah pergi dengan pakej. Bolehlah dia pergi sendiri.
5. Nak pergi sendiri tidak payah pun. Hanya booking kapal terbang, booking hotel di Makkah & Madinah. Visa: Minta tolong dengan syarikat urus umrah. Caj dalam RM350-RM450. Makan, boleh beli di kedai makan berhampiran masjid. Mudah.
6. Kesimpulannya, apapun kembali kepada kemampuan diri sendiri. Jika seseorang itu boleh pergi sendiri, tiada jadi masalah. Teruskan sahaja niat tersebut. Jika tidak mampu atau tidak berapa yakin, lebih baik pergi dengan pakej. Biar bayar lebih sedikit, asalkan tidak sakit kepala.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CORONA VIRUS: SATU CATATAN KETIKA SYAWAL 1441
Sudah lama tidak menjenguk blog. Nampaknya sudah bersawang dan berhabuk. Ketika ini, di Malaysia masih lagi dengan Perintah Kawalan Bersyar...
-
Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan semasa mengerjakan umrah kali ini ialah mendaki Gua Hira. Allahu Akbar! Sebenarnya Gua Hira te...
-
Bismillah... Mengerjakan umrah merupakan impian bagi setiap muslim. Apabila ada impian, baru ada perancangan. Dalam proses perancangan untu...
-
Suasana di Madinah tidak sama dengan suasana di Makkah. Sekarang, Madinah merupakan bandar yang indah, tenang dan harmoni. Di sanalah te...
No comments:
Post a Comment