Stres
di tempat kerja adalah perkara lazim yang kita dengar. Sebenarnya apakah yang
dikatakan stres? Kenapa ia terjadi? Bagaimana ia terjadi? Apakah kesan-kesan
stres? Semuanya akan kita bincangkan bersama. Stres dengan kata lain ialah
tekanan. Iaitulah tekanan yang akan menyebabkan perubahan kepada pemikiran,
perasaan, tingkah laku dan fizikal kita. Dan perubahan itu akan memberi kesan
tertentu. Umumnya, semua orang akan merasai tekanan. Jadi sebagai manusia, kita harus redha
apabila berhadapan beberapa jenis tekanan.
Selain itu, kita juga perlu tahu apakah tekanan itu akan memberi kesan
negatif atau sebaliknya. Dalam hal ini kita perlu betulkan persepsi bahawa
stres atau tekanan sebenarnya mempunyai dua bentuk iaitu negatif dan positif.
Apakah
stres negatif? Stres bentuk ini akan memberi kesan tidak baik kepada kerja
kita. Misalnya sakit berpanjangan, barah, masalah rumah tangga, dan sebagainya.
Stres yang berkaitan perkara negatif ini jika tidak ditangani ia akan memberi
kesan kepada psikologi seseorang. Manakala stres yang positif ialah kerja yang
banyak, jadual kerja yang ketat, arahan atas, kerja segera dan seumpamanya. Hal
ini walaupun kita rasa sebagai stres tetapi ia adalah baik terhadap kita.
Setiap perkara tersebut akan memberi kesan yang baik terhadap kerja kita. Malah
jika diteliti, ia akan memberikan implikasi yang positif kepada prospek kerjaya
kita.
Ada
pun di tempat kerja sebagai contoh kita akan merasa tertekan apabila berhadapan
dengan kerja yang bertimpa-timpa. Barangkali kita tertekan dengan arahan kerja
yang terlalu banyak. Atau mungkin kita tertekan dengan konflik baharu. Bagi
sesetengah individu, mereka tertekan kerana faktor diri sendiri dan luar. Stres
harus diurus dengan baik. Sekiranya tidak diuruskan dengan sempurna, ia akan
memberi kesan kepada diri. Sekiranya kita berjaya menguruskan stres dengan
sempurna sudah tentu kita akan berpuas dengan kerja yang dilakukan.
Sekiranya
kita tidak pandai urus stres ia akan boleh menyebabkan kesan tidak baik
misalnya seseorang itu lupa, sakit kepala, marah-marah tidak mahu bercakap dan
sebagainya. Barangkali ia terjadi terlalu berfikir. Hal ini boleh berlaku
kepada sesiapa sahaja. Sekiranya perkara ini berlaku secara berterusan ia akan
memberi impak kurang enak terhadap kualiti kerja. Kesan terhadap fikiran ialah
kita tidak mampu berfikir dengan baik. Kadang kala terlupa dan sebagainya. Oleh
itu, kita perlu mempunyai ilmu berkaitan stres ini agar dapat kita
menguruskannya dengan baik.
Selain
memberi kesan terhadap fikiran dan perasaan, ia juga akan memberi kesan
terhadap fizikal. Berdasarkan kes, stres boleh menyebabkan seseorang gemuruh,
pelupa, sakit darah tinggi, sakit belakang, demam dan kadang-kadang ia boleh
menyebabkan demam. Ada juga yang boleh lumpuh dengan stress. Jadi sebagai
langkah pencegahan kita perlu sedar apakah tahap stres yang kita hadapi.
Ertinya kita harus uruskan peringkat stres dengan sebaik mungkin.
Dari
sudut emosi pula, stres akan menyebabkan individu itu mudah marah. Situasi ini
marah ini boleh biasanya akan menjejaskan kualiti kerja dalam sesebuah
organiasasi. Selain daripada marah, stres boleh menyebabkan seseorang itu
hilang keyakinan, kebimbangan, resah dan sebagainya. Kebiasaan wanita lebih
senang menunjukkan atau meluahkan apabila mereka stres berbanding golongan
lelaki. Biasanya lelaki akan sedaya upaya untuk bertindak rasional apabila
berhadapan dengan tekanan.
Selain
daripada faktor-faktor yang dinyatakan itu, stres juga akan memberi kesan
terhadap pemikiran seseorang. Jika tidak dapat dikawal stres, seseorang itu
akan barangkali tidak dapat berfikir dengan rasional. Tekanan yang kuat akan
menyebabkan pemikirannya terganggu. Biasanya seseorang itu berkemungkinan sukar
berfikir dengan baik. Selain itu, jika didapati seseorang itu sering terlupa
barangkali juga berpunca daripada stres.
Pentingnya
di sini ialah setiap individu perlu tahu ilmu berkaitan stres. Bak kata pepatah
‘mencegah lebih baik daripada merawat’. Hal ini bagi mengelak daripada
perkara-perkara yang tidak diingini. Oleh itu, terdapat pelbagai cara untuk
menangani stres. Cara yang paling mudah di tempat kerja ialah dengan memejamkan
mata dan menarik nafas. Apabila kita menarik
nafas, secara tidak langsung oksigen akan masuk dengan seimbang ke otak. Jadi
hal ini akan meredakan sedikit tekanan. Di samping itu, kita juga boleh
menggerakkan jari-jari kaki supaya darah dapat berjalan dengan lancar.
Bekerja
8 hingga 5 petang akan menyebabkan anda letih, oleh itu tiba masa rehat pada
jam 1 hingga 2. Gunakan ruang waktu itu untuk makan dan berehat. Kadang kala
apabila pulang ke rumah kita sudah letih . Jadi, dinasihatkan supaya anda
luangkan masa setelah pulang untuk lakukan aktiviti ringan di rumah. Selain
itu, di hujung minggu anda juga boleh beriadah bersama keluarga. Aktiviti ini
pasti akan menyebabkan anda kembali segar.
Tidak
dinafikan aktiviti bersama pasangan atau berbual-bual sambil bergelak ketawa
juga boleh mengurangkan sedikit tekanan
yang anda hadapi. Selain itu, anda juga dinasihatkan supaya meluahkan
permasalahan anda kepada keluarga atau sahabat baik anda. Hal ini secara tidak
langsung akan mengurangkan tekanan dan sekaligus akan memberikan kelegaan
kepada anda. Sekiranya anda menghadapi sesuatu tekanan yang kuat. Anda
dicadangkan supaya bertemu kaunselor
bagi membantu anda daripada aspek psikologi dan kaunseling. Mereka mempunyai
kepakaran dan kemahiran dalam permasalahan yang dihadapi.
No comments:
Post a Comment